Jumaat, 17 Oktober 2014

Shawl Plain

Dapatkan koleksi shawl bercorak daripada Adilah Online Shoppe (AOS). Kami menyediakan shawl yag cantik-cantik dan material mudah dan senang untuk dipakai dan digayakan mengikut gaya anda tersendiri.

Kami tawarkan pada harga mampu milik.
RM 33 sahaja!

Buat masa ini kami hanya tawarkan dua 2 warna iaitu Biru Gelap (Dark Blue) & Hijau Forest (Forest Green)

Jemput menjamu mata anda dengan koleksi shawl kami...terima kasih!




Mahu mendapatkan shawl?

Boleh menghubungi Adilah Online Shoppe melalui 3 cara:

1. Melalui email : adilahahmadfauzi@gmail.com
2. Melalui fb : Adilah Online Shoppe
3. PM/WA : 017-931 2388

Shawl Bercorak

Dapatkan koleksi shawl bercorak daripada Adilah Online Shoppe (AOS). Kami menyediakan shawl yag cantik-cantik dan material mudah dan senang untuk dipakai dan digayakan mengikut gaya anda tersendiri.

Kami tawarkan pada harga mampu milik.
RM 28 sahaja!

Jemput menjamu mata anda dengan koleksi shawl kami...terima kasih!











Mahu mendapatkan shawl?

Boleh menghubungi Adilah Online Shoppe melalui 3 cara:

1. Melalui email : adilahahmadfauzi@gmail.com
2. Melalui fb : Adilah Online Shoppe
3. PM/WA : 017-931 2388


DOA MURAH REZEKI

Assalamualaikum...
Salam Jumaat!

Rezeki adalah urusan Allah S.W.T., jadi sekali-kali jangan sombong meminta dariNya. Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa:

 "Ya Allah, ampunkanlah semua dosa-dosa kami, kurniakanlah kami rezeki, langsaikanlah hutang-piutang kami dan hindarkanlah kami dari kemiskinan. 

Amin Ya Rabbal Alamin"


Salam kasih sayang;
adilahonlineshoppe



Isnin, 13 Oktober 2014

Thumbdrive On The Go


Sebelum ini ada post mengenai USB OTG..

Kali ini saya nak sharing is caring Thumbdrive OTG pula. Sama fungsi seperti USB OTG cuma tidak memerlukan pendrive yang lain kerana lagu, gambar dan video transfer dari telefon bimbit terus kedalam Thumbdrive OTG ini..

Harga Thumbdrive OTG ini ialah RM40
Kos pos ialah RM 6

Jika berminat boleh hubungi saya:

Email: adilahahmadfauzi@gmail.com
FB: adilahonlineshoppe
H/P: 017-931 2388

USB On The Go

Masalah henfon yang selalu penuh..nak ambil gambar je full storage..nak simpan video pun storage selalu penuh..
Kini masalah itu dapat diselesaikan dengan..........USB OTG ini!


Dengan menggunakan USB OTG ini, maka mudahlah nak transfer video, gambar, file yang di simpan di dalam telefon bimbit ke dalam pendrive. Dengan ini, storage telefon bimbit akan sentiasa ada ruang dan tidak penuh lagi..

Harga USB OTG ini hanya RM 10 shj
Kos penghantaran melalui Pos Laju RM 6

Jika berminat boleh hubungi saya di:

Email: adilahhamdfauzi@gmail.com
Fb: adilahonlineshoppe
H/P :017-9312388


Sabtu, 11 Oktober 2014

Alahai anakku Super Baby (SB)

Menguruskan seorang anak yang aktif berumur 2 tahun 2 bulan sungguh mencabar.  Pelbagai keletah, banyak akal betul budak baya macam ini kan..alhamdulillah..Ini adalah pengalaman pertama kot..Yerla baru seorang….belom dua orang..tiga orang..empat orang…hehehe

                                                                 Al-kisahnya begini..

Pada suatu malam yang indah, Super Daddy (SD) baru jer pulang dari bekerja..Yang Super Mummy (SM) ni ajak SD utk pergi bertemu geng baik kat kedai makan. Ada seorang tu dah nak bersalin..yang seorang lagi ada outstation. Dah berjanji ni..set baik punya plan..siap buat kek lagi tuh..huhu..

Dah nak pergi tu..SM amik barang dalam bilik, SD perasan SB ni sedang main duit syiling entah dari mana SB jumpa tetapi SD ni tengah cakap telefon. Nak dipendekkan cerita, SB ni kulum duit syiling tuh..yang SM keluar dari bilik dan pergi dekat SB pastu SB ingat SM nak kejar dia..SB macam nak lari..tup tup tengok muka SB kelat semacam mcm orang tercekik. 

SD yang tetiba teringat pasal syiling cepat-cepat tepuk belakang SB. Yang SM ni masih keliru kenapa?? SD bagitahu SB telan duit syiling! Pastu SB kembali ceria seperti sedia kala menyanyi dan berlari macam tiada apa yang berlaku.

Konfius sekejap (-_-)

Tapi SD memang yakin SB tertelan duit syiling tu terus la kami bergegas ke hospital. SM terus sms geng baik cancel join diorang. Dalam kereta, SB macam biasa..kami mak pak dah tak tentu hala..serius terkujat, terkejut suma ada..tp still mcm konfius betul ke tidak tertelan duit syiling nih..budak ni mcm biasa je..

Sampai hospital, register, amik nombor dan tunggu turn. Sampai turn, doctor x-ray dan memang konfem SB tertelan duit syiling..terus kena admit hospital..huhuhuuhu..

Nasib baik SD ada buat pelan insurans dan medical card untuk SB..alhamdulillah  ^_^

Apa pentingnya insurans ini???Nanti SM akan dikupaskan.. Tunggu......

SM bersama SB :)
Jika tuan dan puan berminat untuk mendapatkan insurans boleh hubungi:

                                                        Email : adilahahmadfauzi@gmail.com
                                                        H/P : 017-9312388

Jumaat, 10 Oktober 2014

Daging Salai Negeri Sembilan

                                                        Assalamualaikum wbr

                                                         Yummylicious.....

Kalau dengar daging salai mesti terbayang masakan daging salai masak lemak cili padi kan? haa..masakan ini amat femes  sangat-sangat dekat Negeri Sembilan kan. Masakan yang terkenal dengan kuahnya yang warna kuning dan pedas yang menyengat tuh..Ini memang feberat dila ni :)

Harga daging:
300gram - RM18
500gram - RM30
1kg         - RM60

Dila menerima tempahan setiap hari dan urusan penghantaran juga dilakukan setiap hari kecuali hari sabtu dan Ahad.

Kaedah penghantaran:
1. Cash on Delivery (COD) kawasan Balakong, Serdang & Seri Kembangan
2. Pos Laju - Kalau order sebelum jam 12.00 pm akan pos pada hari tersebut

Kos pos pula kalau bawah 500gram hanya RM6

Untuk pembelian dan pertanyaan boleh hubungi dila melalui:
email:adilahahmadfauzi@gmail.com
Whats App / SMS : 017-9312388

Selasa, 7 Oktober 2014

Hari Raya Aidil Adha

Disebabkan kesibukan berhari raya maka tidak sempat saya nk buka laptop untuk update blog.

Harap tidak terlewat lagi nak mengucapkan..


                                              ~ Selamat Hari Raya Aidil Adha ~
(sumber : ihsan gugel)



Ingin berkongsi sedikit kisah sempena Hari Raya Aidil Adha ini bersama pembaca yg dikasihi..


                                                          Kisah..

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI). Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108. 

Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi. 

                                                      Konklusi..

Ibadah korban merupakan gambaran praktikal dari keikhlasan, ketaatan dan ketulusan hati yang tidak berbelah-bagi Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail kepada Allah Yang Maha Kuasa.


Sabtu, 4 Oktober 2014

Coretan kasih sayang


Assalamualaikum wbr
                                                    

                                
(Sumber : ihsan mr.google)

                                                                  
                                           

                                            Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..   

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kini saya telah ada blog! Tidak pernah mengimpikan akan ada sebuah blog sendiri dan akan mula menulis blog untuk berkongsi pelbagai cerita, panduan, tips dan juga dapat mempamirkan barangan jualan saya di blog ini.

                                                                    Yeay! ^_^

Mula berjinak dengan blog kerana saya rasakan blog boleh dijadikan tempat untuk berkongsi pelbagai info dengan orang lain. Bermula dengan minat mengetahui lebih lanjut tentang Akademi Bekerja dari Rumah dan mengenali Kak Rahayu Rashid dan kini saya mempunyai seorang guru online Puan zaila Mohamad yang sentiasa membimbing  saya dalam penghasilan blog ini. 

                                                                   Terima kasih!

Nama saya `Adilah binti Ahmad Fauzi dilahirkan di Kuantan, Pahang. Saya seorang isteri dan seorang ibu. Kami dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Saya pernah bekerja di syarikat swasta Bahagian sumber Manusia dan Pentadbiran dan kini mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjadi....

                                                           “Work At Home Mother”

Melalui blog “adilah online shoppe” ini saya menjual pelbagai jenis barangan yang akan saya susun secara mudah dan cantik untuk dilihat oleh anda dan juga terdapat info dan tips tertentu untuk anda. Barangan yang dijual adalah seperti barang bayi, barangan penyusuan, makanan, produk kesihatan dan kecantikan, gajet dan pelbagai lagi. Golongan yang saya sasarkan ialah golongan ibu, orang yang ingin cantik dan sihat, orang bekerjaya, dan semua peringkat umur sebenarnya.


(Sumber : ihsan mr.google)

                                                      
                             
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau berminat untuk berbelanja dengan “adilah online shoppe”, saya boleh dicari melalui:

FB personal: adilahahmadfauzi
FB page: adilah online shoppe