Assalamualaikum wbr
(Sumber : ihsan mr.google) |
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
izinNya kini saya telah ada blog! Tidak pernah mengimpikan akan ada sebuah blog
sendiri dan akan mula menulis blog untuk berkongsi pelbagai cerita, panduan,
tips dan juga dapat mempamirkan barangan jualan saya di blog ini.
Yeay! ^_^
Mula berjinak dengan blog kerana
saya rasakan blog boleh dijadikan tempat untuk berkongsi pelbagai info dengan
orang lain. Bermula dengan minat mengetahui lebih lanjut tentang Akademi Bekerja
dari Rumah dan mengenali Kak Rahayu Rashid dan kini saya mempunyai seorang guru
online Puan zaila Mohamad yang sentiasa membimbing saya dalam penghasilan blog ini.
Terima kasih!
Nama saya `Adilah binti Ahmad
Fauzi dilahirkan di Kuantan, Pahang. Saya seorang isteri dan seorang ibu. Kami dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Saya pernah bekerja di syarikat
swasta Bahagian sumber Manusia dan Pentadbiran dan kini mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjadi....
“Work At Home Mother”
Melalui blog “adilah online
shoppe” ini saya menjual pelbagai jenis barangan yang akan saya susun secara
mudah dan cantik untuk dilihat oleh anda dan juga terdapat info dan tips
tertentu untuk anda. Barangan yang dijual adalah seperti barang bayi, barangan
penyusuan, makanan, produk kesihatan dan kecantikan, gajet dan pelbagai lagi.
Golongan yang saya sasarkan ialah golongan ibu, orang yang ingin cantik dan
sihat, orang bekerjaya, dan semua peringkat umur sebenarnya.
(Sumber : ihsan mr.google) |
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau berminat untuk
berbelanja dengan “adilah online shoppe”, saya boleh dicari melalui:
Email: adilahahmadfauzi@gmail.com
FB personal:
adilahahmadfauzi
FB page: adilah
online shoppe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan